Sabtu, 22 November 2008

Sifat MALU menurut Islam.

Sifat malu menurut kaca mata islam adalah malu kepada Allah. Dalam hal ini, Rasulullah menegaskan dalam satu hadith yang bermaksud;

“ Malulah kamu kepada Allah yang sebenar-benar malu. Kami ( para sahabat ) menjawab : sesungguhnya kami sememangnya malu kepada Allah, Alhamdulillah. Ujar baginda; Bukan itu...malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu itu adalah menyaring suatu yang memasuki kepala dan perut kamu, mengingati mati dan kehancuran tubuh badan apabila memasuki kubur nanti. Siapa yang berkehendakkan akhirat, dia perlu tinggalkan perhiasan dunia yang berlebihan dan memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sementara. Maka siapa yang benar-benar melakukan demikian, sesungguhnya dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”

-(( Hadith daripada at-Tirmizi ))-

Sifat malu ini menduduki martabat yang tinggi di sisi Allah. Ia merupakan asas bagi segala kebajikan. Ia juga adalah unsur kemuliaan bagi setiap amalan yang dilakukan oleh seorang muslim. Sehubungan itu, sabda Rasulullah yang bermaksud;

“ Tiada sesuatu yang mengiringi kekotoran lidahnya melainkan ia menghodohkannya tiada suatu yang diiringi dengan sifat malu melainkan ia mencantikkannya.”

-(( Hadith daripada at-Tirmizi ))-

Tiada satu amalan kebajikan pun dalam islam melainkan ada ganjaran pahala yang menantinya. Begitulah juga sifat malu ini. Kita perlu sedar peranan malu dalam kehidupan orang islam. iIa harus ditingkatkan secara positif sehingga ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

(( Sumber rujukan : Apa itu Islam?, 2008, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ))

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Sebagai muslim yang beriman, kita hendaklah berasa syukur dan bertuah kerana mendapat rahmat Allah dan pemberian yang paling besar iaitu iman dan islam. Apabila berkata-kata, berbuat sesuatu, perlulah kita berhati-hati kerana jika tersilap langkah akan rosaklah aqidah dan batallah syahadah. Untuk pengetahuan pembaca, ini diantara beberapa perkara yang membatalkan syahadah ;

  1. Mengisytiharkan diri keluar daripada agama islam.
  2. Melakukan upacara penyembahan dan pemujaan sesuatu selain daripada Allah taala.
  3. Memohon pertolongan atau perlindungan kepada sesuatu secara mengenepikan Allah atau melupakanNya sama sekali.
  4. Redha dengan kufur atau tidak mengkafirkan yang terang-terangan kafirnya.
  5. Memandang ringan urusan ibadah dan pengajaran islam lebih-lebih lagi menghinakannya.
  6. Mempercayai bahawa undang-undang atau hukum ciptaan manusia lebih baik dari undang-undang atau hukum ciptaan Allah.
  7. Mengingkari mana-mana perintah wajib dalam islam seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya.
  8. Meyakinkan sesuatu yang berbentuk baharu boleh memberi bekas dengan tersendirinya.
  9. Menolak kebenaran hadith atau tidak mempercayai kerasulan Nabi s.a.w.
  10. Menolak atau tidak mempercayai rukun-rukun iman yang enam atau sebagainya.
  11. Mengakafirkan orang-orang yang beragama islam tanpa sebab-sebab yang nyata.
  12. Membuang atau mencampak kitab al-Quran di tempat-tempat najis dengan tujuan merendah dan menghinakannya.
  13. Dan lain-lain lagi.

Janganlah sampai kita semua termasuk diantara golongan seperti ini kerana azab neraka Allah itulah tempatnya. Buatlah apa yang telah diperintahkan dan jauhilah apa yang telah dilarang olehNya.

(( Sumber ini diambil dari petikan buku yang bertajuk : Permasalahan Aqidah Tauhid, 1995, Ustaz ishak Din dan Prof. Dato’ Dr. Harun Din diterbitkan oleh Darul Nu’man ))

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template