Sabtu, 22 November 2008

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

Sebagai muslim yang beriman, kita hendaklah berasa syukur dan bertuah kerana mendapat rahmat Allah dan pemberian yang paling besar iaitu iman dan islam. Apabila berkata-kata, berbuat sesuatu, perlulah kita berhati-hati kerana jika tersilap langkah akan rosaklah aqidah dan batallah syahadah. Untuk pengetahuan pembaca, ini diantara beberapa perkara yang membatalkan syahadah ;

  1. Mengisytiharkan diri keluar daripada agama islam.
  2. Melakukan upacara penyembahan dan pemujaan sesuatu selain daripada Allah taala.
  3. Memohon pertolongan atau perlindungan kepada sesuatu secara mengenepikan Allah atau melupakanNya sama sekali.
  4. Redha dengan kufur atau tidak mengkafirkan yang terang-terangan kafirnya.
  5. Memandang ringan urusan ibadah dan pengajaran islam lebih-lebih lagi menghinakannya.
  6. Mempercayai bahawa undang-undang atau hukum ciptaan manusia lebih baik dari undang-undang atau hukum ciptaan Allah.
  7. Mengingkari mana-mana perintah wajib dalam islam seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya.
  8. Meyakinkan sesuatu yang berbentuk baharu boleh memberi bekas dengan tersendirinya.
  9. Menolak kebenaran hadith atau tidak mempercayai kerasulan Nabi s.a.w.
  10. Menolak atau tidak mempercayai rukun-rukun iman yang enam atau sebagainya.
  11. Mengakafirkan orang-orang yang beragama islam tanpa sebab-sebab yang nyata.
  12. Membuang atau mencampak kitab al-Quran di tempat-tempat najis dengan tujuan merendah dan menghinakannya.
  13. Dan lain-lain lagi.

Janganlah sampai kita semua termasuk diantara golongan seperti ini kerana azab neraka Allah itulah tempatnya. Buatlah apa yang telah diperintahkan dan jauhilah apa yang telah dilarang olehNya.

(( Sumber ini diambil dari petikan buku yang bertajuk : Permasalahan Aqidah Tauhid, 1995, Ustaz ishak Din dan Prof. Dato’ Dr. Harun Din diterbitkan oleh Darul Nu’man ))

0 ulasan:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template